Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Wednesday, 13-May-2009 16:41
CORAT-CORET JAKARTA - BANDUNG
Venue : Jakarta - Bandung
Duration : 4 days 3 nights
Ahli rombongan cik kiah : 7 dewasa 3 kanak-kanak

DAY 1
Kami berlepas ke Jakarta tepat jam 7 pagi dengan AirAsia.Kira-kira 2 1/2 kemudian, kami sampai di Airport Soekarno Hatta, Jakarta. Kami dijemput oleh Pak Iwan dari Hotel Fokus. Kami pilih Hotel Focus ni sebab dekat dengan Tanah Abang. walk distance je....Sampai je kat Hotel surpriseeeeeee....bukannya hotel,tapi macam rumah tumpangan LOL LOL nak dekat tempat shopping punya pasal, inilah akibatnya.nasib baik booking untuk 1 malam je. harga Rp220,000. kira2 RM70 duit kita.Lepas check in, kami rehat jap.pastu kami mulakan activity shopping!akak suka!!!! :-D Siapa yg plan nak pergi sini, dinasihatkan tak payah la bawak anak.kang menyesal.sebab tak boleh nak shopping dengan aman :-D .memang menarik gila la barang2 yg ada kat Tanah Abang ni. kat sini banyak jual borong (grosir).tapi ada jugak yg jual satu2.sampai tak larat la nak jelajah semua. ada 8 tingkat tu....gila la kalau boleh pusing habis.kat sini saya tak shopping banyak sbb plan nak shopping lebih2 kat bandung. cuma beli telekung & kain pelikat sbb memang x bawa. mmg nak beli baru kat sini.dalam pada kata x nak beli banyak tu, ada juga terbeli... sweater & spender Ben10 utk hero2 ku, tudung 2, baju adik fahmee 2....tanah abang pukul 4 dah tutup.awalkan?habis shopping,kami balik 'hotel'. rejap jap.sembahyang...pastu teruskan perjalanan ke Plaza Indonesia.Si ezam nak cari baju Hard Rock. Plaza Indonesia ni ala2 Pavillion @ KLCC la kat M'sia. tempat kellasss...muka2 org yg masuk sini pun berbeza dengan muka2 yg kami jumpa kat tanah abang.pas g hard rock,kami makan kat food court. saya makan sup ayam betawi. tapi lupa pulak nak snap gambar.yg kelakarnya,mula2 sampai kat sini...ada masalah sikit nak kira duit.ye la kan....duit dia kan amount ribu2. bila dapat balance je, lama berdiri kat cashier kira duit.apa taknya...sekali makan je dah ratus2 ribu... LOL LOL Duit diaorang banyak kosong pulak tu....sampai kompius Rp10,000 & Rp100,000.cashier yg tolong tarikkan duit kat tangan. kalau dia nak tipu pun boleh.... :-D :-D :-D .on the way balik dari hard rock ada peristiwa kelakar yg berlaku. pergi sana kami naik bas. tambang Rp2000 sorang. balik pun kami naik bas. tanya konducter bas tu. g tak tanah abang. dia kata pergi.so, kami naik la. rupa2nya dia tak lalu tempat kami nak pergi.dia boleh cakap...ibu turun sini,dekat depan tu je...dekat kepala hotak dia.jauh tu....terpaksa la kami naik angkutan kota (van).tambang Rp2000 sorang.siap tawar2 lagi...rp2000 x nak,kalau rp1000 kami naik.membebel2 kami sebab kena tipu.pastu kena bayar tambang lagi sekali.dah naik van tu kami borak2,baru la sedar rp2000 tu dalam 60 sen je duit kita. tu pun x nak bayar. siap minta kurang lagi.kesian pulak tengok tuan punya van tu....Malam kami tak g mana2 sbb nak kumpul tenaga utk esok.nak shopping kat bandung pulak..... :-D :-D :-D





DAY 2
Kami check out seawal jam 8am sbb lepas tu kami akan terus ke Bandung. Perjalanan ke Bandung mengambil masa kira2 2 1/2. kami turun2 je kat lobby, supir kami (Pak Yayat) dah sedia menanti.rupa2nya pukul 7.30 lagi dia dah sampai.Kami breakfast kat tempat rehat je. Puja Sera namanya.kalau kat malaysia R&R. nak makan nasi padang, tapi x ready lagi. so,makan nasi campur je. lauk ayam goreng,sayur kacang panjang & tempe. orang jawa tempe tu penting.... :-D .lepas makan kami teruskan perjalanan. terus check in kat hotel ke-2. hotel cherry homes & residence. hotel ni best. walaupun jauh ke dalam sikit,tapi puas hati. harga pun murah. sama harga dengan rumah tumpangan yg kami check in kat jakarta.Rp220,000 semalam. siap ada breakfast lagi....Lepas solat zuhur, kami teruskan acara. acara apa lagi...shopping la.kali ni kami pergi factory outlet kat jalan dago. boleh jadi gila kat sini. bapak2 gila seluar jeans, t-shirt, tali pinggang dll. ibuk2 gila kasut n t.shirt.antara FO yg ada ialah Grender (antara yg termurah & byk choice),donatello(kasut kulit),jetsen,rafles city,glamour dan byk lagi lah...habis shopping kami g makan kat Karamba Resto. Restoran ni menyediakan makanan sunda.makanan yg istimewa kat sini ialah ikan gurame. sedap!!!! Lepas perut dah kenyang, sambung lagi shopping.kali ni pergi Toko Tiga. Kedai jual seluar Levi's original. tapi murahhhhh sangat.separuh harga dari kat M'sia. sbbnya kat sana ada kilang Levi's.kat sini....bapak2 semua kena sawan lagi....
Habis bab shopping utk hari ni.....

SELAMAT DATANG KE BANDUNG!

CHECK IN KAT CHERRY HOTEL HOMES & RESIDENCE

KARAMBA RESTO

IKAN GURAME...SEDAPPPPP!!!

SAMBAL BELACAN.PERGHHH!!!MENGANCAM....


DAY 3
Breakfast start pukul 7am. pukul 6.45am kami dah serbu. nasib dah ready.lepas makan kami terus check out. sayang nak tinggalkan hotel ni sbb staff dia baik2 and peramah.kami teruskan perjalan ke Tangkuban Parahu.tempat bekas kawah gunung berapi yg dah tak aktif.perjalanan ke sini mengambil masa 1 jam jugak la. tu kami jalan awal.Pak Yayat dah pesan, jgn beli apa2 dari penjual2 kat sini sbb bila kita beli sorang, 10 lagi datang serbu kita suruh beli kat dia jugak.kat sini kami sekejap je. dalam 1/2 jam.ibuk2 dah siap pesan jgn lama2.sbb dah tak sabar nak pergi Pasar Baru.Sampai kat Pasar baru dalam pukul 12pm. kami shopping kat sini sampai pukul 4pm.itupun rasanya x cukup.Pasar Baru ada 7 tkt. lagi sekali saya tak dapat nak shopping dengan aman.Gerrrammnya!!!! Lain kali datang sure x bawak anak.Balas dendam. kat sini saya shopping kain ela. dapat la 2 pasang. utk raya. kain chiffon 2 tone baru rp10,000 semeter! kira2 rm3 je duit kita.....telekung beli 5 pasang(paling murah rp50,000),kebaya sulam 3 psg (rp100,000@rm35 je),baju tidur fareez & fithree. jgn tak caya baju ipin & upin pun ada kat sini. glamor sungguh budak botak 2 org tu...lagi satu lupa nak bagi tau, I beli beg LV tau...nak tau berapa??rp50,000 je...@rm17!!! LV imitation la...takkan ori pulak. tak mampu den...sorry la tak ambik gambar suasana dalam pasar baru....sibuk sgt shopping sampai lupa nak snap........ :-D :-D :-D Hari ni kami makan nasi padang.x sempat jugak nak ambik gambar. semuanya kebulur.kat sini sempat jugak abis duit. ada pulak org jual souvenir & t.shirt bandung.lepas makan, kami check in hotel ke-3. hotel Progo. best kan nama dia. tambah L kat belakang dia dah lain maknanya.hotel ni x best sangat. dah la dapat tkt 3.lif x de pulak tu.pas rehat jap,mandi2,solat.kami cadang nak pergi balik ke FO jln dago.ada yg ter'miss' barang.elok2 plan tiba2 hujan la pulak. dah la i kena tinggal kat hotel jaga anak. hujan susah la nak bawak anak....gua lepak la kat hotel sambil tengok cerita favourite gua 'CSI'.Duit balance ada rp800,000,darling gua abiskan kat sana!!!dia beli lagi seluar panjang & pendek,tali pinggang, jacket utk abah & yg paling best wallet LV utk I sempena hari ibu....siap balut lagi! I love U darling....

TANGKUBAN PARAHU-KAWAH GUNUNG BERAPI

POSE DEPAN HOTEL PROGO

BERGAYA DGN BEG LV YG BERGARGA 50,000.....rupiahhhh... LOL LOL LOL


DAY 4
kami check out jam 8am. last kopek kami singgah ke Amanda Brownies Kukus.Sedap!kat sini brownies yg glamor ialah Amanda & Kartika Sari. Kartika sari tauke dia Cina. amanda tauke dia melayu. best Pak Yayat ni. semua info dia bagitau.pastu kami meneruskan perjalanan ke Jakarta. Pak Yayat hantar kami terus ke airport. sedih nak tinggalkan Pak Yayat, sbb dia baik sangat. Kami semua puas hati dengan service dia. kalau kami g sana lagi (wajib!!!)kami pasti cari Pak yayat.Jgn risau Pak Yayat, kami balik m'sia kumpul lagi duit. dah cukup,kami datang balik sini....

MEMBORONG BROWNIES KUKUS AMANDA(kat tgn kiri pun ada tu...x nampak :-D )

INILAH PAK YAYAT.SUPIR KAMI...

MASING2 MUKA SEDIH...TAK NAK BALIK...


BANDUNG......KAMI PASTI DATANG LAGI!!!!

THE END

Lia : NO TEL PAK YAYAT : +6281395242337

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.